FAQ: Soalan Lazim Dan Jawapan

Soalan 01: Siapakah yang perlu menghadiri kursus pra perkahwinan ini?

Jawapan: Setiap Warganegara Malaysia beragama islam dan Bukan Warganegara yang akan berkahwin dengan warganegara malaysia diwajibkan untuk menghadiri kursus ini.

Lelaki bujang berumur 18 tahun hingga 50 tahun atau perempuan bujang berumur 16 tahun hingga 45 tahun perlu menghadiri kursus kahwin.

Soalan 02: Adakah pusat kursus ini diiktiraf untuk menganjurkan kursus pra perkahwinan?

Jawapan: Pusat kursus kami telah diberi kebenaran untuk menganjurkan kursus pra perkahwinan serta telah berdaftar dengan Jabatan Agama Johor dan menggunakan modul bersepadu kursus pra perkahwinan Islam Negeri Johor.

Soalan 03: Adakah sijil yang dikeluarkan oleh pusat kursus ini sah untuk digunakan bagi memohon kebenaran bernikah?

Jawapan: Sijil kursus ini dikeluarkan oleh Jabatan Agama Johor serta diiktiraf seluruh negeri di Malaysia dan sah untuk digunakan bagi memohon kebenaran bernikah.

Soalan 04: Berapakah harga yuran kursus dan bilakah yuran perlu bayar?

Jawapan: Yuran kursus adalah RM120 seorang. Deposit RM20 seorang diperlukan untuk tempahan dan baki bayaran RM100 boleh dibuat secara tunai pada hari kursus.

Soalan 05: Adakah pusat kursus ini ada menganjurkan kursus pada hari biasa iaitu Isnin hingga Jumaat?

Jawapan: Kami anjurkan kursus hanya pada setiap minggu 1-3 Sabtu dan Ahad sahaja. Minggu ke-4 apda Jumaat-Sabtu.

Soalan 06: Bolehkah saya menghadiri kursus ini sekiranya saya belum mempunyai pasangan dan belum merancang untuk berkahwin?

Jawapan: Tiada masalah kerana sijil kursus pra perkahwinan ini tiada had tempoh dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Soalan 07: Bolehkah saya menghadiri kursus pra perkahwinan di sini sedangkan saya tinggal dan akan berkahwin di luar Negeri Johor?

Jawapan: Boleh kerana sijil kursus pra perkahwinan ini sah digunakan di seluruh Malaysia.

Soalan 08: Bolehkah seorang muallaf menghadiri kursus ini?

Jawapan: Boleh. Setiap rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin berkahwin WAJIB menghadiri kursus ini.

Soalan 9: Bolehkah warganegara asing menghadiri kursus pra perkahwinan?

Jawapan: Boleh. Walau bagaimanapun, bahasa pengantar untuk kursus pra perkahwinan ini adalah dalam Bahasa Malaysia.

Soalan 10: Bagaimana dengan pemakaian untuk peserta lelaki sepanjang tempoh kursus?

Jawapan: Baju melayu lengkap, bersamping dan bersongkok atau baju melayu, seluar slack dan bersongkok atau baju kemeja, seluar slack dan bersongkok. BAJU TSHIRT TIDAK BERKOLAR DAN SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN.

Soalan 11: Bagaimana dengan pemakaian untuk peserta perempuan sepanjang tempoh kursus?

Jawapan: Baju kurung yang tidak ketat/nipis dan bertudung atau jubah yang tidak ketat/nipis dan bertudung. WAJIB BERTUDUNG.

Soalan 12: Adakah peserta akan melalui sebarang bentuk ujian atau proses temuduga semasa sesi kursus?

Jawapan: Tiada sebarang ujian atau temuduga sepanjang kursus ini. Peserta hanya perlu mendengar ceramah-ceramah bagi setiap modul/sesi.

Soalan 13: Apakah syarat yang perlu dipenuhi bagi melayakkan peserta mendapat sijil kursus pra perkahwinan?

Jawapan: Setiap peserta hendaklah menghadiri dan mengikuti kesemua modul/sesi yang telah ditetapkan. SLOT/MODUL YANG TERTINGGAL PERLU DIULANG. 

Soalan 14: Bilakah saya boleh dapat sijil kursus?

Jawapan: Sijil kursus akan dapat sebelum tamat kursus iaitu pada hari kedua kursus dijalankan.

Soalan 15: Gambar ukuran passport berlatar belakang warna biru atau putih?

Jawapan: Latar belakang warna biru atau putih dibenarkan.

Soalan 16: Adakah penginapan disediakan sepanjang 2 hari berkursus?

Jawapan: Kami tidak menyediakan penginapan untuk peserta sepanjang 2 hari berkursus.

Soalan 17: Pukul berapakah selewat-lewatnya saya perlu hadir pada hari kursus?

Jawapan: Peserta perlu hadir ke kursus sebelum pukul 8.30 pagi untuk sesi pendaftaran pada hari sabtu, sebarang kelewatan tidak akan dilayan. Pada hari ahad peserta perlu hadir sebelum pukul 8.00 pagi.

Soalan 18: Saya pernah berkahwin dan telah bercerai. Adakah saya perlu menghadiri kursus kahwin semula?

Jawapan: Sekiranya cerai hidup, peserta perlu ambil kursus semula, sekiranya cerai mati, tidak perlu ambil kursus.

Soalan 19: Saya sudah berkursus, bolehkah saya temankan pasangan saya berkursus?

Jawapan: Boleh dan tiada masalah. Perlu pembayaran yuran kursus, sekiranya ingin duduk ke dalam dewan kursus.

Soalan 20 : Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk menghadiri kursus kahwin?

Dokumen Yang Perlu Dibawa: ➥ 1 Keping Salinan Kad Pengenalan. ➥ 1 Keping Gambar Ukuran Passport. *Background Gambar Warna Biru Atau Putih. *Gambar Lelaki – Memakai Atau Tidak Memakai Songkok, Perempuan – Wajib Bertudung.