PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH JOHOR (ONLINE) ENCR
Prosedur permohonan nikah online johor ni lebih fokus untuk bakal pengantin perempuan yang berasal daripada Johor dan bakal pengantin lelaki yang bukan berasal daripada Johor atau berlainan negeri. Tapi, boleh juga jadi panduan untuk pasangan yang sama-sama orang Johor.
Sebelum tu, tolong pastikan korang dah pergi kursus kahwin sebelum baca entry ni dan sebelum buat permohonan nikah online johor. DAFTAR ONLINE SEKARANG KURSUS KAHWIN JOHOR 2020 DI LOKASI BANDAR BARU UDA DI SINI –> www.wasap.my/60193083573/kursuskahwinjohor
*Pasangan yang masing-masing berlainan negeri, pihak lelaki mesti uruskan permohonan mereka dulu diikuti pihak perempuan. Kalau sama negeri, nak buat permohonan sama-sama atau asing tak menjadi masalah.
PIHAK LELAKI:
- Isi Permohonan Kebenaran Nikah secara online. Laman web sppim ni khas untuk semua pemohon daripada Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan.
- Segala borang nikah ada dekat sini. Skrg borang boleh dpt online jea.
- Lengkapkan semua borang nikah yang telah di “download” dan sediakan semua dokumen sokongan yang diminta dalam senarai semak.
- Hantar ke pejabat agama.
- Borang kebenaran nikah yang telah diluluskan kena beri kepada pihak perempuan untuk urusan di pihak mereka.
PIHAK PEREMPUAN:
- Setelah diberitahu oleh pihak lelaki segala dokumen kebenaran nikah bahagian dia telah diluluskan dan di “post” (yup, aniq pakai post laju ja hantar dokumen nikah tu dekat i). Bila pihak lelaki inform dokumen dia sudah di “post”, I terus daftar perkahwinan nikah online Johor di website e-NCR.
- Semua borang nikah johor boleh dapat online. Tapi, kena daftar dulu encr.
PROSEDUR / PANDUAN PERMOHONAN NIKAH JOHOR SECARA ONLINE (LELAKI DAN PEREMPUAN)
Bawah ni penerangan lengkap cara isi permohonan di encr.
Langkah Pertama:-
- Click e-NCR
- Daftar sebagai pengguna (refer gambar di bawah, click pada ayat dalam kotak merah).
- Isi semua maklumat peribadi dan click HANTAR di bahagian bawah.
Langkah Kedua:
- Login semula menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang anda telah isi semasa di langkah pertama.
- Jika anda tidak diminta untuk login semula, anda perlu manual click e-NCR dan masukkan ID serta kata laluan.
Langkah Ketiga:
- Click PROFIL SAYA
- Terdapat di bahagian paling atas dan yang paling kiri. Isikan semua bahagian “maklumat peribadi”, “maklumat wali”, dan tukar kata laluan jika anda ingin menukar kata laluan
- Untuk bahagian wali, urutan wali sudahpun disusun di dalam senarai pilihan. Jadi, kalau ayah sudah meninggal, pilih urutan yang bawah, kalau yang bawah tiada juga, turun lagi bawah. Itu semua adalah wali nasab anda.
Langkah Keempat: Bahagian penting dan rumit.
- Sebelah button PROFIL SAYA click button NIKAH – perempuan – permohonan kebenaran nikah (perempuan) – permohonan baru *lihat gambar dibawah
- Isikan semua bahagian. Terdapat 5 bahagian “pemohon”, “pasangan”, “perkahwinan”, “senarai semak wali” dan “wakalah wali”.
- Pada bahagian PASANGAN, anda akan nampak button “no pendaftaran encr”.
- Anda tidak perlu isi kecuali bakal suami anda juga orang johor.
- Bahagian “WAKALAH WALI” perlu diisi HANYA jika wali nasab anda tidak hadir/tak dapat hadir/ tak nak hadir
- Wali nasab yang anda isi semasa di bahagian “profil saya” – “maklumat wali”. Rujuk langkah pertama.
- Wakalah wali juga perlu diisi jika anda tidak mahu wali nasab menjadi wali anda.
- Jika wali hakim, biarkan kosong. tapi kalau ada pilihan wali hakim, pilih wali hakim. I tak ingatlah ada ke tak.
- (kita tak cakap pasal kadi atau jurunikah, jgn jadi macam I, kelam kabut tanya “siapa kadi I? Sebab ingat wakalah wali tu kadi yg akan nikahkan I. Just fikir kalau wali nasab ada dan hadir masa pernikahan, tak perlu isi. Jangan pening hal lain.



Langkap Kelima:
- Click “HANTAR PERMOHONAN“
- Selepas permohonan dihantar, bahagian bawah sekali, click “kembali” untuk mencetak semua dokumen yang diperlukan. *lihat gambar dibawah
- Bawa semua dokumen yang telah lengkap diisi ke Pejabat Kadi mengikut Daerah yang ditetapkan (untuk tahu pejabat kadi daerah anda, refer bahagian “status permohonan nikah”)
- Anda boleh periksa status permohonan dengan click “nikah” – perempuan – status permohonan kebenaran nikah (perempuan)


Langkah Keenam:
- Let say lepas hantar permohonan, you rasa malas atau tak sempat untuk print out. Just logout. Next time bila ada masa, login dan pergi semula ke button “nikah” – status permohonan nikah – then click no rujukan yang berwarna biru. click “dokumen” dan bolehla cetak dokumen yang anda perlukan. Borang HIV pun memang kena ambil dari sini. Untuk dapatkan borang HIV, anda perlu selesaikan langkah-langkah diaatas, barulah boleh download BORANG HIV.
- SELEPAS SAHAJA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE, ANDA DIBERI TEMPOH SEBULAN UNTUK MENGHANTAR BORANG-BORANG INI KE PEJABAT AGAMA JOHOR.
- Untuk yang menggunakan wali hakim, teruskan baca bawah ni,. I ada bagi link. Dekat word yang BOLD warna merah.
LANGKAH-LANGKAH/ PROSEDUR/ CARA MENGHANTAR BORANG KE PEJABAT AGAMA JOHOR
- Sebelum ke pejabat agama johor
- pastikan anda mempunyai 3 salinan untuk setiap dokumen (walaupun borang hanya tulis tidak perlu salinan atau hanya 2 salinan).
- Sebelum ke pejabat agama, I dah siapkan semua dokumen ikut senarai semakan. Tapi, semasa menghantar dokumen2 tersebut, I kena buat lagi salinan untuk semua dokumen walaupun tidak ditulis dalam senarai semakan. Ini yang buatkan kaunter jadi lambat. Ramai yang terpaksa ulang alik untuk photostat di kaunter hadapan. (mereka sediakan mesin photocopy di counter hadapan dan setiap satu salinan rm0.50)
- Di Pejabat Agama Johor
- Naik ke tingkat 2, terus ambil nombor giliran. Selepas dipanggil, anda akan diminta utk serahkah dokumen.
- Selepas penyerahan dokumen
- anda akan diberi BORANG PINK dan nama KADI yang mereka pilih untuk nikahkan anda beserta no telefon Kadi tersebut untuk anda msg dan inform nama, tarikh nikah anda kepada kadi tersebut.
- Pembayaran
- Selepas itu, anda diminta untuk ke kaunter bayaran di sebelah kanan. Dalam rm25 ke bawah.
- Temuduga
- Setelah bayaran dibuat, anda dikehendaki untuk menunggu giliran untuk ditemuduga ( temuduga kahwin untuk org johor ).
- Penyerahan BORANG PINK
- Selepas sesi temuduga, anda dikehendaki untuk berikan BORANG PINK tersebut kepada kadi yang akan nikahkan anda untuk ditandatangan oleh kadi tersebut.
- Untuk yang menggunakan WALI HAKIM, anda boleh refer post terbaru ni. Permohonan nikah guna wali hakim.
BAYARAN TOK KADI DAN SAKSI SEMASA PERNIKAHAN
- I tanya kepada kadi tentang bayaran semasa nikah (ayah paksa suruh tanya. Nasib baik tanya. Ingatkan bayaran adalah ikut keikhlasan)
- Bayaran kadi adalah rm110 manakala rm20 (bayaran utk seorang) dibayar kepada 2 org saksi yang dipilih oleh kadi semasa hari pernikahan. Tolong tanya bila jumpa kadi ye. Sbb bayaran sentiasa berubah.
- SILA LETAK DALAM SAMPUL DUIT.
BILA BOLEH ISI BORANG NIKAH JOHOR?
- 3 bulan sebelum kahwin sehingga 2 minggu sebelum NIKAH.
- Boleh siap dalam masa seminggu. Jangan risau. Kalau bekerja, siapkan 2 bulan awal pun ok.
BAGAIMANA / CARA UNTUK DAPATKAN BORANG HIV TEST?
- Borang HIV test boleh didapati secara online selepas sahaja anda menghantar borang pernikahan online.
- Selepas click HANTAR, akan keluar paparan “sila cetak”. Anda dikehendaki cetak semua sekali dokumen termasuk borang HIV test.
- Borang HIV test laku selama 6 bulan
SURAT AKUAN STATUS DIRI (bujang / janda / duda)
- Wajib untuk lelaki perempuan.
- Kalau bekerja, boleh minta daripada tempat kerja. Jumpa dengan bahagian HR. Diorang dah biasa buat. Kalau rajin, boleh minta drpd penghulu @ ketua kampung.
- Kalau HR jenis pemalas, Google ja, lepastu suruh HR tiru. Make sure ada letter head dan alamat pjabat agama daerah you.
SURAT AKUAN BERMASTAUTIN JOHOR (sama untuk setiap negeri)
- Surat Akuan bermaustautin perlu JIKA:
- Alamat dalam kad pengenalan tidak beralamat di negeri/daerah yang anda mahu daftar nikah.
- Contoh, alamat dalam kad pengenalan ialah Sarawak, tetapi anda sudah lama menetap di Johor Bahru dan mahu daftar nikah di Johor Bahru. Surat bermastautin diperlukan.
- Hanya lihat pada Alamat kad pengenalan.
- *tak kisah la anda lahir dimana, Apa no Ic anda, yang penting ALAMAT kad pengenalan. Kalau anda lahir di Sabah, tetapi alamat dalam kad pengenalan di daerah yang anda akan daftar nikah, anda tak perlukan surat akuan bermastautin. Sebab alamat dalam kad pengenalan itu sendiri dah mengesahkan.
- Boleh dapatkan daripada syarikat kita bekerja bahagian HR. Kalau diorang tak tahu, Anda google dan suruh mereka tiru sahaja. Jangan lupa beralamatkan Pejabat Agama Daerah anda.
- Malas & leceh untuk dapatkan surat akuan bermaustautin?
- Penyelesaian : tukar alamat kad pengenalan di UTC. Hanya bayar RM1 dan dalam masa 1 jam siap. Ini untuk yang malas nak pergi dapatkan surat akuan daripada majikan, penghulu kampung.
- *Tapi alang2 nk minta penghulu/majikan buatkan surat akuan bujang, minta la dia buatkan sekali surat akuan bermaustautin ni.
SURAT KEBENARAN NIKAH LUAR DAERAH/ KAWASAN JOHOR (untuk setiap negeri sama)
Khas untuk perempuan. Lelaki perlu ke? I tak tahu.
- Diperlukan Jika:
- Buat permohonan nikah di Johor bahru, tetapi, mahu bernikah di negeri/ daerah lain.
- Buat seawal yang mungkin sebab rumit.
SITUASI RUMIT
- Alamat IC Sarawak, Menetap di Johor, Nak menikah di Melaka
- Boleh buat permohonan di negeri awak menetap, dapatkan surat akuan bermastautin daripada penghulu/majikan dan surat kebenaran nikah luar kawasan daripada pejabat agama *lebih mudah
- Boleh buat permohonan di Sarawak , anda perlu serahkan sendiri dokumen dan wakilkan ahli keluarga anda untuk ambil semula dokumen (untuk lelaki sebab perempuan satu hari dh dpt semula). (sila dapatkan kepastian drpd pjabat agama daerah anda sebab daerah saya boleh ja) *agak leceh sebab perlu ulang alik Johor Sarawak. Kena buat seawal yang mungkin.
- Alamat IC Johor, Menetap di Johor, Nak menikah di Melaka ;
- Buat permohonan di negeri awak menetap, cuma dapatkan surat kebenaran nikah luar kawasan daripada pejabat agama.
Kredit : azlina
PS : Pastikan korang dah pergi kursus kahwin sebelum baca entry ni dan sebelum buat permohonan nikah online johor. DAFTAR ONLINE SEKARANG KURSUS KAHWIN JOHOR 2020 DI LOKASI BANDAR BARU UDA DI LINK WHATSAPP NI –> www.wasap.my/60193083573/kursuskahwinjohor
thank you for your info , help me alot
Assalamuailaikum, bg situasi alamat di batu pahat tetapi saya menetap di johor bahru lebih 10 tahun dan saya akan menikah di batu batu pahat, pejabat agama jb atau batu pahat yg sy perlu rujuk?
Wassalam..tlg jawabkan sje..
Boleh buat di jb if susah nak balik batu pahat. Tp alamat nikah make sure betul
maaf nk tanya, alamat nikah tu perlu ikut alamat apa ya? sbb skrg musim covid ni nikah kt pejabat kan
Saya adalah wali ..saya hanya ada Surat nikah photostat saje..yg asal dh hilang sbb saya hidup berpindah randah. Tp bila dihantar ke pjbt kadi permohonan itu ditolak..Apakah tiada budi bicara utk diluluskan dgn mengunakan Surat nikah photostat
Masa nak hantar borang nikah tu memang dua2 bakal pengantin kena hadir sama ke? Kalau bakal pengantin lelaki keje luar kawasan mcm mne yea? N yang salinan2 suma tu nak kena pengesahan ke atau just fotostat?
Asslamualaikum, nak tanya. saya lelaki berasal johor memang perlu daftar encr, tetapi untuk pasangan saya berasal dari pahang perlu daftar juga di encr? mohon penjelasan. terima kasih
Hi, Asslammualaikum .
Saya ada beberapa soalan, harap cik dpt bantu saya.
Saya perempuan, ic johor. pasangan ic kedah. pasangan saya sudah menetap di johor lebih dri 5 tahun. boleh ke pasangan saya membuat urusan borang/daftar pernikahan di johor tanpe perlu pulang ke kedah ? boleh ke cik bantu perjelaskan step yg perlu kami lakukan ?
terima kasih. maaf jika ia menyulitkan. harap cik dpt bantu kami.
salam sis. borang permohonan kebenaran nikah ni utk N9,perlis,melaka,kedah,perak n wilayah prsekutuan je ke atau negeri selain tu pun boleh? sebab sy johor. pihak lelaki kelantan. mohon penjelasan.. n sy kurg fhm utk daftar wlaupun prosedur tu dh ada sbb msing2 blm ada ksmpatan masa utk brjumpa wlaupun dah merancang utk lebih serius.
Slm sis..sy trgnu..bkl suami johor..encr tu dh print semua..tp phk sy kt trgnu blm isi borng lg..hiv test blh bt skli ke kt johor?
As salam sis. Yang bayaran untuk tok kadi tu kita bayar dekat situ juga atau semasa waktu bernikah.?
Jika perempuan asal Johor, manakala pasangan lelakinya asal KL, adakah dua dua perlu di interview atau hanya perempuan sahaja ?
Tarikh pernikahan sy berubah. Sy perlu buat borang lain ke?
Sis nk tanye kalo borang permohonan lelaki da submit cume tunggu iv je..borang kte da bole buat penghantaran permohonan dan buat ujian hiv k sememtara tunggu pihak lelaki iv?
Sis nk tnye kalo bakal suami org kl mase nk hntr borang tu dia kene hadir skali ke? Then yg temu duga tu 2-2 org skali ke
SY TRGANU.. BAKAL SUAMI JOHOR..ST TK FHM SGT..DH PRINT SEMUA..BORNG HIV PN DH PRINT BLH TEST SKLI KE?SBB SY BLM ISI BORNG KT TRGANU
sis nak tanya kalau kita tersalah isi contoh nama kita tu macam mana nak edit semula ya?
Saya adalah wali ..saya hanya ada Surat nikah photostat saje..yg asal dh hilang sbb saya hidup berpindah randah. Tp bila dihantar ke pjbt kadi permohonan itu ditolak..Apakah tiada budi bicara utk diluluskan dgn mengunakan Surat nikah photostat
Asalmm sis..kalau pasangan sama negeri dengan sama daerah…borng tu isi asing ii keee…atau isi sekali
Kenapa saya tekan e-ncr masuk ke SPA? cari borang nikah dlm tu ke?
Assalam, pasangan saya bukan warga negara Malaysia, dia dari Syiria. Macam mana dengan kursus kahwin?