Select Page

Persediaan nikah ni kalau kita tak tahu nak mula dari mana dulu, susah jugak. Maka dengan perkongsian 14 Prosedur Permohonan Nikah Di Johor ini dapat membantu mereka yang bakal bernikah di Johor.
.
.
1. PILIH TARIKH BILA NAK NIKAH

– Atleast 6 bulan sebelum, dah kena buat persediaan untuk siapkan semua borang. Tarikh nikah, boleh dibuat pada hari sama dengan majlis, atau nikah jumaat, majlis sabtu.
.
.
2. HADIR KURSUS KAHWIN ONLINE JOHOR

Bayaran kursus RM120 seorang.

Sijil kursus kahwin tiada tarikh LUPUT & SAH SELURUH Malaysia, jadi boleh ambil kursus awal² supaya tak kelam kabut last minute ? Penyerahan sijil selepas selesai berkursus. Anda boleh walk in ambil sijil di pejabat kami bagi yang dalam Johor Bahru. Luar Johor Bahru kami akan pos laju secara percuma saja.

Hanya whatsapp admin satu salinan fotostat ic/pasport, sekeping gambar berwarna ukuran pasport (warna biru/putih) anda boleh tampal sendiri ye & bayaran RM120 sahaja.

Daftar di link bawah kursus kahwin online johor 2022 tanpa bayaran sekarang:
Info Lanjut –> www.adamkursuskahwin.com
.
.
3. LENGKAPKAN PERMOHONAN BARU DI PAUTAN ONLINE

– Buat permohonan di sppim.gov.my Untuk negeri Johor. Aktifkan dalam masa 14 hari. Sah untuk 3 bulan. Negeri Lain ada juga pakai online, ada juga borang kena ambil di pejabat. Kedua pasangan perlu kemukakan permohonan baru.


4. PRINT BORANG BERKAITAN YANG ADA DALAM PAUTAN SPPIM.

– Selepas anda lengkapkan permohonan baru di pautan SPPIM tu. Anda boleh muat turun slip permohonan kebenaran nikah, Borang laporan kesihatan (HIV), Senarai semak dokumen, dan borang pengesahan saksi untuk bernikah. Anda dah boleh muat turun atau terus cetak borang borang tu dari pautan web SPPIM tu.
.
.
5. BUAT PEMERIKSAAN HIV DI KLINIK KESIHATAN TERDEKAT

– Borang yang dah dah di muat turun tu, sila cetak, siap dengan borang HIV Check. Boleh buat 1-3 bulan sebelum nikah. Sah untuk 6 bulan. Hanya sah klinik/poliklinik kerajaan tau. Kalau Swasta tak terima.
.
.
6. JUMPA KETUA KAMPUNG MUKIM TEMPAT KITA TINGGAL ATAU MAJIKAN (ISLAM)

– Bagitahu jerr, kita nak nikah, Minta surat akuan diri/pengesahan bujang. Ketua kampung/majikan islam akan keluarkan borang khas/surat siap tandatangan n cop. Maaf, borang ni tiada dalam pautan SPPIM tau. Kena jumpa ketua kampung/penghulu/pengurus felda/majikan yang beragama islam. Boleh juga minta surat pemaustatin yang beralamat di johor
.
.
7. TENTUKAN SIAPA SAKSI BORANG KITA.

– Saksi borang tak semestinya daripada saksi Akad ya.. Saksi borang mesti LELAKI selain adik beradik. Saya guna kawan lelaki. Dapatkan tandatangan dan salinan IC kedua saksi borang tersebut.
.
.
8. SEDIAKAN SEMUA DOKUMEN SOKONGAN

– Dokumen sokongan ini termasuk, kad pengenalan, kad pengenalan ayah, ibu, saksi borang (salinan shj), surat akuan status diri (dapat dari ketua kampung/penghulu), surat bermaustautin (jika alamat johor, nikah kat KL sbb dduk KL), Sijil kursus Pra-perkahwinan, Sijil nikah Ayah & Ibu (untuk pasangan perempuan), dan banyak lagi. Anda perlu rujuk sendiri di Borang Senarai Semak Dokumen di Pautan SPPIM yang anda dah print tadi.
.
.
9. BERSEDIA UNTUK DITEMUBUAL

– Borang dan segala dokumen sokongan itu perlu Submit & buat pembayaran di pejabat Kadi, dan selepas itu anda akan di temubual.
.
.
10. PAKAIAN SEMASA TEMUBUAL

– Yang lelaki mesti pakai kemeja/baju melayu/ tshirt berkolar dan BERSONGKOK, mana perempuan BAJU KURUNG. Kalau tak kena marah nanti. hehe
.
.
11. JAWAB SOALAN TEMUBUAL

– Saya ada share soalan temubual sebelum ni. Tapi pastikan lah, tahu kalimah syahadah beserta maksudnya. Tahu bacaan Al-fatihah sebab memang baca dalam solat, Tahu bacaan Qunut, sebab bacaan dalam solat subuh. Lain-lain kalau tak ingat tu, tak apa. Yang disebutkan tadi kalau tak lepas, kena balik bertalaqi lutut ke lutut dengan imam kawasan. Mana boleh nak nikah mengucap pun tak reti. Sebab perkahwinan bukan sekadar berkahwin jerr, tapi adalah membina zuriat beragama islam tau.
Perkara Asas yang di tanya :
?Bacaan dua Kalimah Syahadah
?Baca Al-Fatihah
?Baca doa Qunut
?Rukun Nikah
?Farhu Ain
?Tanggungjawab suami isteri


12. SELEPAS LULUS TEMUBUAL, PEJABAT KADI AKAN SERAH FAIL KHAS.

– Pejabat kadi akan serahkan fail untuk di serahkan pada imam tempatan lantikan, tempat anda bernikah nanti. Nanti pejabat akan sebut siapa nama imam nanti. Tugas kita, serahkan semua fail tu kepada tok imam. Tok imam yang nikahkan kita tau. Jangan tersalah tok imam. Sebab nama imam ada tertera di fail.


13. BAYARAN UPAH IMAM DAN SAKSI AKAD NIKAH

– Bayaran kadi adalah rm110 manakala rm20 (bayaran utk seorang) dibayar kepada 2 org saksi yang dipilih oleh kadi semasa hari pernikahan. Tolong tanya bila jumpa kadi ye. Sbb bayaran sentiasa berubah.
SILA LETAK DALAM SAMPUL DUIT


14. PRAKTIS LAFAZ AKAD

– Kena ulang ulang, takut nervous kan. Praktik sebulan sebelum. Hari hari sebut. Dan doa agar dipermudahkan Allah. Lafaz Akad, “..Aku terima Nikah………(Nama Penuh Pasangan Perempuan).. Dengan mas kahwin RM22.50 Tunai..”
.
.
SELAMAT BERNIKAH.. Semoga bermanfaat. Silakan SHARE, tag pasangan yang akan bernikah..


PS : Anda Belum ada sijil kahwin? Jom daftar KURSUS KAHWIN ONLINE JOHOR 2022 dengan adam Kursus Kahwin. Kursus 1 hari setengah je. Rugi tak daftar sekarang. Kursus Buat setiap minggu, anda boleh pilih tarikh. Setiap Sabtu dan Ahad. Lokasi depan handphone/laptop/pc anda saja. Seat terhad kepada 97 peserta yang terawal sahaja setiap sesi. INFO LANJUT –> www.adamkursuskahwin.com

Open chat
1
Salam. Saya Hafiz. Cik ada nak tanya ke?
Selamat datang ke Adam Kursus Kahwin Johor👋 Saya Hafiz. Cik ada nak tanya & boleh saya bantu?