Select Page

NAK KAWIN.. PENING KEPALA TAK TAHU PROSEDUR PERKAHWINAN JOHOR?

Yes…semua orang mengalami situasi ini. Tertanya-tanya betul ke apa yang kita buat, ada benda tertinggal tak…especially yang tiada siapa nak dibuat rujukan. So, this is for  bride to be @ bakal pengantin yang nak melangsungkan perkahwinan di Johor k! I hope, with my knowledege and experiences, its will guided you all untuk membina Rumah Tangga yang bahagia…Amiin.
p/s : Panduan ini lebih kepada perempuan di negeri Johor. Lelaki lebih kurang sama cuma dokumen yang disediakan kurang daripada wanita. Banyak situasi sebenarnya, Jika Perempuan Lelaki negeri Johor.2-2 kena isi eNCR. Apa itu eNCR? hah ni sistem untuk memohon surat kebenaran nikah.Takda kebenaran dari kadi daerah TAK BOLEH KAHWIN! HARAP MAKLUM~ Kalau perempuan orang Johor Lelaki orang Negeri lain, Perempuan je kena isi.Lelaki pula kena dapatkan surat kebenaran nikah luar kawasan dari negeri mereka untuk perempuan lampirkan pada permohonannya. Setiap proses ini ada bayaran…tapi masih mampu lagila..nak kawin punya pasal huhu preparela..

Step 1

Step ini memerlukan masa untuk berurusan dengan pihak luar.Jadi buat dahulu…Rancang dengan betul.
  1. Kursus Kahwin.
  • Nasihat: pergi dalam Negeri/ Daerah sendiri supaya tahu cara di negeri sendiri. Sebarang kemusykilan, boleh di tanya terus kepada orang yang sepatutnya. Yuran bagi Jabatan Agama  Islam Daerah Segamat 2013 bersamaan RM120 (2 hari beserta makanan).Pastikan dapat sijil dan cara mengisi secara online!
  • The best timing : 3-6  bulan sebelum nak kahwin, at least benda penting tak terlepas.
     2. Ujian HIV. (Selepas kursus kahwin)
  • Pergi pejabat agama Daerah masing-masing bagi , dapatkan borang untuk ujian HIV. Pergi buat ujian di hospital kerajaan dan dapatkan cop pegawai perubatan yang mengesahkan bebas HIV.Test result hanya  valid untuk 6 bulan.
  • The best timing : 3 bulan sebelum kahwin
     3. Surat akuan Bujang.
  • Jumpa ketua Kampung/ Penghulu atau Majikan (Yang beragama Islam Sahaja) untuk dapatkan surat akuan bujang.

Step 2

Step ini adalah untuk pengumpulan dokumen 
  1. Dokumen yang perlu disediakan:
  • Slip Permohonan Kebenaran Nikah On-line (Refer Step 3)
  • Pengesahan Saksi Permohonan (2 salinan bertanda tangan) [2 orang saksi bukan ahli keluarga, salinan IC mereka]
  • Surat Akuan Status Bujang dr Majikan/Ketua Kampung (Asal dan Salinan)-(Refer Step 1)
  • Salinan IC pemohon
  • Sijil Kursus Kahwin (Asal dan Salinan)-(Refer Step 1)
  • Laporan Pengesahan HIV (Asal)-(Refer Step 1)
  • Sijil Nikah Ibu Bapa (Asal dan Salinan)-Make sure bukan anak luar nikah dan tiada kemusykilan berkenaanan dengan wali.
  • IC Wali (Salinan)
  • Sijil Kelahiran Pemohon (Asal dan Salinan)
  • Senarai Semak Wali( Refer Step 3)

Step 3

Cara isi permohonan di eNCR
  1. Sila Klik disini (No2. Sekiranya anda ingin mendaftar sebagai pengguna eNCR)
  2. Tick box dan teruskan.
  3. Pilih No Kad pengenalan dan masukkan no IC seterusnya tekan daftar.
  4. Log in dan  masukkan semua maklumat yang di minta. Klik pada nikah>Perempuan>Permohonan Kebenaran Nikah Perempuan.Isikan semua maklumat.
  5. Kemudian  hantar permohonan…sila lah cetak. Dapatkan semua tandatangan pada borang  yang kena cetak di bawah dan lampirkan dengan dokumen yang dah disediakan sebelum ini.

Step 4

Pergi Temuduga

  1. Bawa semua dokumen yang dah lengkap dari Step 1 sampai Step 3 pergi Pejabat agama sekali lagi.Lepas tu cakap saya nak pergi temuduga.
  2. Temuduga. Yang ini cara nak jawab senang sahaja…baca buku panduan masa kursus kawin.Tapi nervouse punya pasal confirm gagap haha. Hafal rukun-rukun, syarat-syarat dalam soal ibadah- Be prepare ok!. Soalan yang ditanya kepadaku :
  • Mengucap Kalimah Syahadah
  • Sebab-sebab mandi wajib
  • Jika tertinggal doa kunut sah tak solat subuh.

Step 5

Jumpa Tok Kadi/ Imam
  • Pejabat Agama akan keluarkan surat kebenaran nikah dan akan bagi maklumat kadi yang akan menikahkan beserta no telefonnya sekali untuk dihubungi selepas habis temuduga.
  • Dan apa lagi, hubungilah Tok kadi/ Imam yang nak nikahkan tu pastu bagi semua dokumen yang pejabat agama suruh bagi kat tok kadi.Ada satu fail dokumen yang terdiri dari dokumen yang kita sediakan tu.
  • Lastly tanya tok kadi tu waktu yang dia boleh nikahkan kita dan bayaran upahnya beserta saksi untuk dibagi selepas majlis nanti…Ingat! ni kena tanya dan bila tiba waktunya sehari sebelum nikah….ingatkan balik Tok Kadi sebab ada kes Tok kadi lupa dtg hihi.
Sekian…Selamat bernikah dan menempuh alam rumah tangga…

Kredit : mdmwani.blogspot.my

Open chat
1
Salam. Saya Hafiz. Cik ada nak tanya ke?
Selamat datang ke Adam Kursus Kahwin Johorđź‘‹ Saya Hafiz. Cik ada nak tanya & boleh saya bantu?