SOALAN LAZIM KURSUS KAHWIN DI PUTRAJAYA & KUALA LUMPUR
Soalan 01: Siapakah yang perlu menghadiri kursus pra perkahwinan ini dan berapa umur yang wajib hadir?
Jawapan: Setiap rakyat malaysia yg beragama islam yang ingin berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus kahwin.
Umur layak untuk berkahwin adalah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.
Soalan 02: Adakah pusat kursus ini diiktiraf untuk menganjurkan kursus pra perkahwinan?
Jawapan: Semua Pusat kursus kami telah diberi kebenaran untuk menganjurkan kursus pra perkahwinan serta telah berdaftar dengan JAWI.
Soalan 03: Adakah sijil yang dikeluarkan oleh pusat kursus ini sah untuk digunakan bagi memohon kebenaran bernikah?
Jawapan: Sijil kursus ini dikeluarkan oleh JAWI serta diiktiraf seluruh negeri di Malaysia dan sah untuk digunakan bagi memohon kebenaran bernikah.
Soalan 04: Berapakah harga yuran kursus?
Jawapan: Yuran kursus adalah RM120 seorang.
Soalan 05: Adakah pusat kursus ini ada menganjurkan kursus pada hari biasa iaitu Isnin hingga Jumaat?
Jawapan:
KL –
Hari Minggu : Sabtu & Ahad
Hari Bekerja : Rabu & Khamis
Soalan 06: Bolehkah saya menghadiri kursus ini sekiranya saya belum mempunyai pasangan dan belum merancang untuk berkahwin?
Jawapan: Tiada masalah kerana sijil kursus kahwin ini TIADA TARIKH LUPUT dan SAH SEUMUR HIDUP.
Soalan 07: Bolehkah saya menghadiri kursus pra perkahwinan di sini sedangkan saya tinggal dan akan berkahwin di di negeri lain?
Jawapan: Boleh kerana sijil kursus kahwin ini sah digunakan di seluruh Malaysia.
Soalan 08: Bolehkah seorang mualaf menghadiri kursus ini?
Jawapan: Boleh. Setiap rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin berkahwin WAJIB menghadiri kursus kahwin ini.
Soalan 09: Bolehkah warganegara asing menghadiri kursus pra perkahwinan?
Jawapan: Boleh. Walau bagaimanapun, bahasa pengantar untuk kursus kahwin ini adalah dalam Bahasa Malaysia.
Soalan 10: Bagaimana dengan pemakaian untuk peserta lelaki sepanjang tempoh kursus?
Jawapan: Baju melayu lengkap, bersamping dan bersongkok ATAU baju melayu, seluar slack dan bersongkok atau baju kemeja, seluar slack dan bersongkok.
Soalan 11: Bagaimana dengan pemakaian untuk peserta perempuan sepanjang tempoh kursus?
Jawapan: Baju kurung yang tidak ketat/nipis dan bertudung atau jubah yang tidak ketat/nipis dan bertudung.
Soalan 12: Adakah peserta akan melalui sebarang bentuk ujian atau proses temuduga semasa sesi kursus?
Jawapan: Tiada sebarang ujian atau temuduga sepanjang kursus ini. Peserta hanya perlu mendengar ceramah-ceramah bagi setiap modul/sesi.
Soalan 13: Apakah syarat yang perlu dipenuhi bagi melayakkan peserta mendapat sijil kursus pra perkahwinan?
Jawapan: Setiap peserta hendaklah menghadiri dan mengikuti kesemua modul/sesi yang telah ditetapkan. Kegagalan hadir salah 1 slot, sijil tidak akan dikeluarkan. perlu mengulangi slot yang tertinggal pada minggu seterusnya.
Soalan 14: Bilakah saya boleh dapat sijil kursus?
Jawapan: Putrajaya & KL : Setiap Hari Rabu dan Sijil ambil di Tempat Anda Berkursus
Soalan 16: Adakah penginapan disediakan sepanjang 2 hari berkursus?
Jawapan: Kami tidak menyediakan penginapan untuk peserta sepanjang 2 hari berkursus.
Soalan 17: Saya pernah berkahwin dan telah bercerai. Adakah saya perlu menghadiri kursus kahwin semula?
Jawapan: Sekiranya cerai hidup, peserta perlu ambil kursus semula, sekiranya cerai mati, tidak perlu ambil kursus.
Soalan 18: Saya sudah berkursus, bolehkah saya temankan pasangan saya berkursus?
Jawapan: Boleh dan tiada masalah. Perlu pembayaran yuran kursus sebanyak RM120 seorang, sekiranya ingin duduk di dalam dewan kursus.
Soalan 19 : Saya sudah bercerai. Perlu ke saya ambil kursus kahwin semula jika ingin berkahwin dengan pasangan baru?
Jawapan : Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan), sesesorang yang telah telah bercerai tidak perlu menghadiri semula kursus kahwin
Dokumen yang diperlukan untuk berkahwin hanya surat cerai yang asal.
Soalan 20 : Boleh ke Saya nak Laminate Sijil Kahwin?
Jawapan :
Anda dinasihatkan supaya TIDAK LAMINATE sijil kursus kahwin kerana ianya akan dicop oleh Imam Jurunikah atau Jabatan Agama Islam. Sijil akan rosak jika anda cuba buka dari laminate.
Soalan 21 : Sijil Kahwin saya Rosak Atau Hilang.. Apa Cara ye?
Jawapan :
Anda perlu lakukan langkah-langkah berikut:
- Hubungi pusat kursus kahwin di mana anda telah hadir berkursus. Terangkan yang anda kehilangan sijil kursus kahwin dan minta pusat kursus kahwin tadi menyediakan surat pengesahan kehadiran berkursus.
- Bawa surat pengesahan kehadiran kursus kahwin ke JAWI. Sertakan bersama wang RM10. Di situ, anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan sijil kursus kahwin yang baru.
Soalan 22 : Boleh ke Saya Just Beli Sijil Kahwin Dan Tak Hadir Kursus?
Jawapan : Sijil kursus kahwin ini TIDAK BOLEH DIBELI. Anda Wajib HADIR KE KURSUS KAHWIN.
Setiap Modul, anda perlu tandatangan di senarai kehadiran peserta untuk setiap penceramah.
Soalan 23 : Umur Saya 40 tahun, perlu dapatkan sijil kahwin ke?
Jawapan : Di Kuala Lumpur, Putrajaya, perempuan yang berusia 40 tahun ke atas dan lelaki, berusia 46 tahun tidak perlu menghadiri kursus kahwin.
Soalan 24 : Sijil saya hilang pastu saya lupa pulak penganjur mana yang sayaikuti kursus. macam mana ye?
Anda boleh hubungi Jabatan Agama Islam Negeri (JAWI) dan bertanyakan siapakah penganjur kursus kahwin di lokasi yang anda telah sertai kursus kahwin bersama nombor telefon mereka.
No telefon JAWI – 03 2274 9333 (minta sambungkan ke Bahagian Perkahwinan)
Soalan 25 : Saya takde IC. Boleh hadir kursus kahwin?
Jawapan : dokumen wajib yang diperlukan adalah IC sementara dan 1 salinan ic sementara dari Jabatan Pendaftaran. Sekiranya bukan warga Malaysia, passport dan 1 salinan pasport diperlukan untuk hadir kursus kahwin.
Soalan 26 : Sijil Kahwin Boleh dapat bila ye?
Jawapan : sijil kursus kahwin akan siap pada tengahari hari Rabu. Boleh datang ambil sijil di tempat anda berkursus.
Soalan 27 : Boleh saya hadir kursus kahwin lebih dari 1 kali?
Jawapan : Ya boleh, tiada masalah. Sijil baru akan dikeluarkan untuk anda.
Saya lelaki rakyat malaysia berumur 46 thn belum pernah berkhawin.. pasangan saya rakyat indonesia berumur 45 thn status janda.. ada kah kami kena pergi kursus khawin?
Maaf nk tanya..dulu sy pernah berkahwin dn sdh bercerai..mse sy brnikah dulu tkde kursus kahwin..skrg sy nk menikah baru perlu ke sy mengikuti kursus pra perkahwinan tu..dari sabah
Pasangan saya seorg mualaf.. Kami ingin bernikah secepat mungkin. Tapi pasangan saya belum ada sijil nikah lagi.. Dalam keadaan negara menghadapi virus covid19 ini.. Bagaimana saya dan pasangan saya ingin bernikah.
salam, sy pernah berkahwin dan bercerai. sekarang saya hendak kahwin semula. adakah sy perlu kursus kawin semula. sy tinggal di LANGKAWI. Knp Labuan di kecualikan? terima kasih.
Assalamualaikum..Jika sy menghadiri kursus kahwin dengan warganegara asing, adakah perlu membuat pembayaran juga? Bolehkah mggunakan permit untuk menghadiri kursus kahwin kerana passport digunakan oleh agen untuk renew?
Kalau orang yang buta huruf macam mna pulak eh ambik kursus kahwin
Saya wanita umur 55 tahun cadang nak bernikah d negeri sembilan perlu sijil kursus pra perkahwinan ke
Dia kata perempuan umur ats 40 thn xperlu kursus kawin (bg wilayah Putrajaya n KL)
Saya tinggal di kuantan dan ic saya negeri pahang.. pasangan saya tinggal di terengganu..kami bercadang ingin membuat kursus kahwin bersama.boleh x saya ic negeri pahang buat kursus di negeri terengganu?
Ikut yg atas. Dia kata “sijil negeri mna pun, sah guna seluruh Malaysia”
Maknanya boleh la ayoo
Minta dia join online course. 6 jam shj sehari. Esok boleh kawin da.
Macam mana jika tidak jadi berkahwin,tetapi sijil sy sudah di cop…adakah perlu hadir kursus kawin semula
sekiranya saya dah daftar untuk kursus kahwin dan tidak dapat menghadiri/menyertai. Boleh ke saya daftar baru tetapi di daerah kursus berlainan?
Boleh ke tak kahwin dulu baru ambik kursus kahwin?
Kalau orang yang buta huruf macam mna pulak eh ambik kursus kahwin