Dah bersedia untuk menuju ke fasa kehidupan yang seterusnya bersama dengan yang tersayang?

Kalau begitu, anda perlulah juga bersedia untuk melakukan perancangan yang besar bagi meraikan sebuah majlis yang gilang-gemilang dan penuh bermakna bagi anda dan pasangan.

Jika anda belum hadir kursus kahwin. Kami menganjurkan Kursus Kahwin Di Johor Bahru 2020 pada setiap minggu Sabtu & Ahad.. Seat terhad. Whatsapp kami sekarang  untuk booking di link bawah..

>> www.wasap.my/60193083573/kursuskahwinjohor

Jangan risau, dengan adanya checklist kahwin ini, ia akan menjadi rujukan untuk langkah demi langkah, segalanya akan kelihatan lebih menyenangkan.

 

Dalam artikel kali ini, kami bukan sahaja menyenaraikan semua perkara penting untuk anda lakukan sebagai persediaan hari pernikahan dan majlis perkahwinan secara step-by-step, tapi semua langkah ini juga telah dipecahkan mengikut masa iaitu dari setahun sebelum majlis hinggalah kepada hari majlis diadakan.

 

BIL

 

PERKARA

6 HINGGA 12 BULAN PRA-MAJLIS

1.     

Pilih tarikh dan waktu bernikah di belah perempuan

2.     

Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.

3.     

Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.

4.     

Tetapkan tema majlis.

5.     

Anggarkan jumlah tetamu dan mengumpul nama tetamu.

6.     

Rancang tentatif majlis.

7.     

Uruskan bajet bagi kedua belah pihak.

8.     

Hubungi Qadhi dan Pejabat Agama Islam.

9.     

Hubungi saksi-saksi pernikahan.

10.  

Daftar dan hadiri tempat kursus perkahwinan.

11.  

Tempah lokasi majlis berlangsung.

12.  

Upah perunding majlis perkahwinan, (jika perlu).

13.  

Pilih juruandam, (jika perlu).

14.  

Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.

15.  

Pilih katerer.

16.  

Pilih jurufoto dan juruvideo.

17.  

Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis.

18.  

Pilih cincin/rantai pernikahan.

19.  

Pilih kumpulan persembahan (jika perlu).

20.  

Pilih kek pengantin.

21.  

Bincang rekaan baju.

22.  

Pilih penggubah hantaran/gubah sendiri.

23.  

Bincang barang dan bilangan dulang hantaran.

24.  

Rancang destinasi bulan madu.

25.  

Rancang tempat tinggal selepas berkahwin.

 

5 BULAN PRA-MAJLIS

26.  

Himpunkan senarai tetamu.

27.  

Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori).

28.  

Tempah destinasi bulan madu.

29.  

Tempah juruandam (jika perlu).

30.  

Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.

31.  

Tempah pengacara majlis / DJ (termasuk PA sistem).

32.  

Tempah katerer.

33.  

Tempah jurufoto dan juruvideo.

34.  

Tempah kedai bunga serta penghias lokasi majlis.

35.  

Tempah cincin perkahwinan.

36.  

Tempah kek pengantin.

37.  

Tempah kumpulan persembahan.

38.  

Tempah penginapan untuk tetamu.

39.  

Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan.

40.  

Tempah penggubah hantaran.

41.  

Beli barang hantaran.

42.  

Hadiri kursus perkahwinan.

43.  

Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).

44.  

Buat rawatan muka.

 

4 BULAN PRA-MAJLIS

45.  

Pilih dan tempah kad jemputan.

46.  

Sediakan peta lokasi.

47.  

Beli cincin perkahwinan.

48.  

Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.

49.  

Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.

50.  

Tinjau gerak kerja pereka pakaian.

51.  

Tinjau lokasi majlis.

52.  

Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.

53.  

Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran).

54.  

Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah.

55.  

Bayar deposit (jika perlu).

3 BULAN PRA-MAJLIS

56.  

Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat Agama Negeri masing-masing.

57.  

Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.

58.  

Sahkan tempahan pakej juruandam.

59.  

Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.

60.  

Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.

Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo.

61.  

Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis.

62.  

Sahkan tempahan kek pengantin.

63.  

Sahkan tempahan kumpulan persembahan.

64.  

Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.

65.  

Sahkan tempahan percutian bulan madu.

66.  

Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan).

67.  

Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.

68.  

Buat tempahan untuk melakukan spa.

69.  

Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.

70.  

Pilih senarai lagu / nasyid.

71.  

Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.

72.  

Mula membungkus cenderahati tetamu.

2 BULAN PRA-MAJLIS

73.  

Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.

Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.

74.  

Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis perkahwinan.

75.  

Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.

76.  

Cetak aturcara majlis.

77.  

Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.

78.  

Mengaturkan sesi pengambaran di studio.

79.  

Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.

80.  

Rancang kedudukan tempat duduk tetamu.

 

1 BULAN PRA-MAJLIS

81.  

Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.

82.  

Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.

83.  

Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.

84.  

Buat rawatan muka dan badan.

85.  

Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.

Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.

86.  

Sediakan hiasan meja.

87.  

Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.

Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.

88.  

Berlatih senyum setiap hari.

2 – 3 MINGGU PRA-MAJLIS

89.  

Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar Pernikahan.

90.  

Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.

91.  

Serahkan permohonan cuti kepada majikan.

92.  

Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.

93.  

Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.

94.  

Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.

95.  

Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).

96.  

Mula kemas beg untuk bulan madu.

97.  

Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan profesional perkahwinan dalam sampul surat.

98.  

Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.

1 MINGGU PRA-MAJLIS

99.  

Pastikan anda sudah bercuti.

100.               

Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima.

101.               

Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.

102.               

Sahkan semua perincian dengan katerer.

103.               

Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).

104.               

Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.

105.               

Buat rawatan muka dan badan yang terakhir.

106.               

Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.

107.               

Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).

108.               

Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.

109.               

Buat raptai untuk majlis resepsi.

110.               

Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak.

SEHARI PRA-MAJLIS

111.               

Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.

112.               

Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.

113.               

Pakai inai di jari.

114.               

Rehat dan tidur awal!

HARI MAJLIS PERKAHWINAN

115.               

Bangun awal pagi dan tenangkan diri dengan solat sunat.

116.               

Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.

117.               

Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.

118.               

Lalui majlis dengan penuh gembira!

Dengan ini, selesailah sudah semua perkara yang memeningkan ramai. Diharapkan dengan adanya checklist kahwin ini, urusan majlis pernikahan dan perkahwinan anda dapat diselesaikan dengan lancar dan dengan jiwa yang tenang.

Kami dari team Adam Kursus Kahwin Johor Bahru turut mendoakan segala perancangan anda akan dipermudahkan. Selamat pengantin baru bagi anda yang bakal menuju ke gerbang perkahwinan!

 

PS : Anda belum hadir kursus kahwin? Kami menganjurkan Kursus Kahwin Di Johor Bahru 2020 pada setiap minggu Sabtu & Ahad.. Seat sangat terhad.

Whatsapp kami sekarang  di link bawah untuk booking sebelum penuh..

>> www.wasap.my/60193083573/kursuskahwinjohor