BORANG NIKAH JOHOR

 

Prosedur permohonan nikah online johor ni lebih fokus untuk bakal pengantin perempuan yang berasal daripada Johor dan bakal pengantin lelaki yang berasal daripada Johor / berlainan negeri (bakal suami I orang Melaka).  Tapi, boleh juga jadi panduan untuk pasangan yang sama-sama orang Johor atau salah seorang orang Johor.

Sebelum tu, tolong pastikan u all dah pergi kursus kahwin sebelum baca entry  ni dan sebelum buat permohonan nikah online johor ini.

*pasangan yang masing-masing berlainan negeri, pihak lelaki mesti uruskan permohonan mereka dulu diikuti pihak perempuan. Kalau sama negeri, nak buat permohonan sama-sama atau asing tak menjadi masalah.

PIHAK LELAKI:

  • Isi Permohonan Kebenaran Nikah secara online. Laman web sppim ni khas untuk semua pemohon daripada Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan.
  • Segala borang nikah ada dekat sini. Skrg borang boleh dpt online ja.
  • Lengkapkan semua borang nikah yang telah di “download” dan sediakan semua dokumen sokongan yang diminta dalam senarai semak.
  • Hantar ke pejabat agama.
  • Borang kebenaran nikah yang telah diluluskan kena beri kepada pihak perempuan untuk urusan di pihak mereka. *Dia hantar pada I guna post laju ja.

*Semasa kursus pra-perkahwinan, difahamkan tempoh permohonan nikah cuma boleh dibuat seawal 3 bulan daripada tarikh nikah. Paling lewat, 2 minggu sebelum nikah. Tarikh nikah kami awal bulan 8, jadi awal bulan 5 pihak lelaki mula buat permohonan online.


PIHAK PEREMPUAN:

  • Setelah diberitahu oleh pihak lelaki segala dokumen kebenaran nikah bahagian dia di melaka telah diluluskan dan di “post” (yup, aniq pakai post laju ja hantar dokumen nikah tu dekat i). I mula daftar perkahwinan nikah online Johor di website e-NCR.
  • Semua borang nikah johor boleh dapat online. Tapi, kena daftar dulu encr.

PROSEDUR / PANDUAN BORANG NIKAH ONLINE JOHOR  (lelaki & perempuan)

Bawah ni penerangan lengkap cara isi permohonan di encr.

Langkah Pertama:-

  • Click e-NCR 
  • Daftar sebagai pengguna (refer gambar di bawah, click pada ayat dalam kotak merah).
  • Isi semua maklumat peribadi dan click HANTAR di bahagian bawah.

Screen Shot 2016-05-06 at 2.00.23 PM

Langkah Kedua:

  • Login semula menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang anda telah isi semasa di langkah pertama.
  • Jika anda tidak diminta untuk login semula, anda perlu manual click e-NCR  dan masukkan ID serta kata laluan.

Langkah Ketiga:

  • Click PROFIL SAYA
    • Terdapat di bahagian paling atas dan yang paling kiri. Isikan semua bahagian “maklumat peribadi”, “maklumat wali”, dan tukar kata laluan jika anda ingin menukar kata laluan
  • Untuk bahagian wali, urutan wali sudahpun disusun di dalam senarai pilihan. Jadi, kalau ayah sudah meninggal, pilih urutan yang bawah, kalau yang bawah tiada juga, turun lagi bawah. Itu semua adalah  wali nasab anda.

Langkah Keempat: Bahagian penting dan rumit.

  • Sebelah button PROFIL SAYA click button NIKAH – perempuan – permohonan kebenaran nikah (perempuan) – permohonan baru *lihat gambar dibawah
    • Isikan semua bahagian. Terdapat 5 bahagian “pemohon”, “pasangan”, “perkahwinan”, “senarai semak wali” dan “wakalah wali”.
  • Pada bahagian PASANGAN, anda akan nampak button “no pendaftaran encr”.
    • Anda tidak perlu isi kecuali bakal suami anda juga orang johor.
  • Bahagian “WAKALAH WALI” perlu diisi HANYA jika wali nasab anda tidak hadir/tak dapat hadir/ tak nak hadir
    • Wali nasab yang anda isi semasa di bahagian “profil saya” – “maklumat wali”. Rujuk langkah pertama.
    • Wakalah wali juga perlu diisi jika anda tidak mahu wali nasab menjadi wali anda.
    • (kita tak cakap pasal kadi atau jurunikah,  jgn jadi macam I, kelam kabut tanya “siapa kadi I? Sebab ingat wakalah wali tu kadi yg akan nikahkan I. Just fikir kalau wali nasab ada dan hadir masa pernikahan, tak perlu isi. Jangan pening hal lain.

 

Screen Shot 2016-05-06 at 2.10.01 PM
click permohonan kebenaran nikah (perempuan)

 

Screen Shot 2016-05-06 at 8.06.51 PM
biarkan kosong pada kotak no pendaftaran e-NCR jika bakal suami bukan orang johor

 

Screen Shot 2016-05-06 at 8.06.34 PM
Tinggalkan kosong jika wali nasab anda hadir pada hari pernikahan.

Langkap Kelima:

  • Click “HANTAR PERMOHONAN
    • Selepas permohonan dihantar, bahagian bawah sekali, click “kembali” untuk mencetak semua dokumen yang diperlukan. *lihat gambar dibawah
    • Bawa semua dokumen yang telah lengkap diisi ke Pejabat Kadi mengikut Daerah yang ditetapkan (untuk tahu pejabat kadi daerah anda, refer bahagian “status permohonan nikah”)
  • Anda boleh periksa status permohonan dengan click “nikah” – perempuan – status permohonan kebenaran nikah (perempuan)

 

Screen Shot 2016-05-06 at 3.35.04 PM
cetak semua dokumen dan hantar ke pejabat kadi daerah anda. Jangan lupa Ujian HIV

 

Screen Shot 2016-05-06 at 8.16.29 PM
Status permohonan yang belum dihantar ke pejabat kadi akan berstatus “semakan daerah asal”. click tulisan biru di column “no rujukan” untuk melihat semula dokumen yang harus dicetak

Langkah Keenam:

  • Let say lepas hantar permohonan, you rasa malas atau tak sempat untuk print out. Just logout. Next time bila ada masa, login dan pergi semula ke button “nikah” – status permohonan nikah – then click no rujukan yang berwarna biru. click “dokumen” dan bolehla cetak dokumen yang anda perlukan. Borang HIV pun memang kena ambil dari sini. Untuk dapatkan borang HIV, anda perlu selesaikan langkah-langkah diaatas, barulah boleh download BORANG HIV.
  • SELEPAS SAHAJA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE, ANDA DIBERI TEMPOH SEBULAN UNTUK MENGHANTAR BORANG-BORANG INI KE PEJABAT AGAMA JOHOR.

LANGKAH-LANGKAH/ PROSEDUR/ CARA MENGHANTAR BORANG KE PEJABAT AGAMA JOHOR

  1. Sebelum ke pejabat agama johor
    • pastikan anda mempunyai 3 salinan untuk setiap dokumen (walaupun borang hanya tulis tidak perlu salinan atau hanya 2 salinan).
    • Sebelum ke pejabat agama, I dah siapkan semua dokumen ikut senarai semakan. Tapi, semasa menghantar dokumen2 tersebut, I kena buat lagi salinan untuk semua dokumen walaupun tidak ditulis dalam senarai semakan. Ini yang buatkan kaunter jadi lambat. Ramai yang terpaksa ulang alik untuk photostat di kaunter hadapan. (mereka sediakan mesin photocopy di counter hadapan dan setiap satu salinan rm0.50)
  2. Di Pejabat Agama Johor
    • Naik ke tingkat 2, terus ambil nombor giliran. Selepas dipanggil, anda akan diminta utk serahkah dokumen.
  3. Selepas penyerahan dokumen
    • anda akan diberi BORANG PINK dan nama KADI yang mereka pilih untuk nikahkan anda beserta no telefon Kadi tersebut untuk anda msg dan inform nama, tarikh nikah anda kepada kadi tersebut.
  4. Pembayaran
    • Selepas itu, anda diminta untuk ke kaunter bayaran di sebelah kanan. Dalam rm25 ke bawah.
  5. Temuduga
  6. Penyerahan BORANG PINK
    • Selepas sesi temuduga, anda dikehendaki untuk berikan BORANG PINK tersebut kepada kadi yang akan nikahkan anda untuk ditandatangan oleh kadi tersebut.

BAYARAN TOK KADI DAN SAKSI SEMASA PERNIKAHAN

  • I tanya kepada kadi tentang bayaran semasa nikah (ayah paksa suruh tanya. Nasib baik tanya. Ingatkan bayaran adalah ikut keikhlasan)
  • Bayaran kadi adalah rm110 manakala rm20 (bayaran utk seorang) dibayar kepada 2 org saksi yang dipilih oleh kadi semasa hari pernikahan. Tolong tanya bila jumpa kadi ye. Sbb bayaran sentiasa berubah.
  • SILA LETAK DALAM SAMPUL DUIT.
  • Klik disini untuk cerita details tentang bayaran kadi dan saksi.
  • Untuk lelaki yang nak tahu lafaz akad nikah johor, klik disini.

BILA BOLEH ISI BORANG NIKAH JOHOR?

  • 3 bulan sebelum kahwin sehingga 2 minggu sebelum NIKAH.
  • Boleh siap dalam masa seminggu. Jangan risau. Kalau bekerja, siapkan 2 bulan awal pun ok.

BAGAIMANA / CARA UNTUK DAPATKAN BORANG HIV TEST?

  • Borang HIV test boleh didapati secara online selepas sahaja anda menghantar borang pernikahan online.
  • Selepas click HANTAR, akan keluar paparan “sila cetak”. Anda dikehendaki cetak semua sekali dokumen termasuk borang HIV test.
  • Borang HIV test laku selama 6 bulan

SURAT AKUAN STATUS DIRI (bujang / janda / duda)

  • Wajib untuk lelaki perempuan.
  • Kalau bekerja, boleh minta daripada tempat kerja. Jumpa dengan bahagian HR. Diorang dah biasa buat. Kalau rajin, boleh minta drpd penghulu @ ketua kampung.
  • Kalau HR jenis pemalas, Google ja, lepastu suruh HR tiru. Make sure ada letter head dan alamat pjabat agama daerah you.

SURAT AKUAN BERMASTAUTIN JOHOR (sama untuk setiap negeri)

  • Surat Akuan bermaustautin perlu JIKA:
    • Alamat dalam kad pengenalan tidak beralamat di negeri/daerah yang anda mahu daftar nikah.
    • Contoh, alamat dalam kad pengenalan ialah Sarawak, tetapi anda sudah lama menetap di Johor Bahru dan mahu daftar nikah di Johor Bahru. Surat bermastautin diperlukan.
  • Hanya lihat pada Alamat kad pengenalan.
    • *tak kisah la anda lahir dimana, Apa no Ic anda, yang penting ALAMAT kad pengenalan. Kalau anda lahir di Sabah, tetapi alamat dalam kad pengenalan di daerah yang anda akan daftar nikah, anda tak perlukan surat akuan bermastautin. Sebab alamat dalam kad pengenalan itu sendiri dah mengesahkan.
  • Boleh dapatkan daripada syarikat kita bekerja bahagian HR. Kalau diorang tak tahu, Anda google dan suruh mereka tiru sahaja. Jangan lupa beralamatkan Pejabat Agama Daerah anda.
  • Malas & leceh  untuk dapatkan surat akuan bermaustautin?
    • Penyelesaian : tukar alamat kad pengenalan di UTC. Hanya bayar RM1 dan dalam masa 1 jam siap. Ini untuk yang malas nak pergi dapatkan surat akuan daripada majikan, penghulu kampung.
    • *Tapi alang2 nk minta penghulu/majikan buatkan surat akuan bujang, minta la dia buatkan sekali surat akuan bermaustautin ni.

SURAT KEBENARAN NIKAH LUAR DAERAH/ KAWASAN JOHOR (untuk setiap negeri sama)

Khas untuk perempuan. Lelaki perlu ke? I tak tahu.

  • Diperlukan Jika:
    • Buat permohonan nikah di Johor bahru, tetapi, mahu bernikah di negeri/ daerah lain.
    • Buat seawal yang mungkin sebab rumit.

SITUASI RUMIT

  • Alamat IC Sarawak, Menetap di Johor, Nak menikah di Melaka
    • Boleh buat permohonan di negeri awak menetap, dapatkan surat akuan bermastautin daripada penghulu/majikan dan surat kebenaran nikah luar kawasan daripada pejabat agama *lebih mudah
    • Boleh buat permohonan di Sarawak , anda perlu serahkan sendiri dokumen dan wakilkan ahli keluarga anda untuk ambil semula dokumen (untuk lelaki sebab perempuan satu hari dh dpt semula). (sila dapatkan kepastian drpd pjabat agama daerah anda sebab daerah saya boleh ja) *agak leceh sebab perlu ulang alik Johor Sarawak. Kena buat seawal yang mungkin.
  • Alamat IC Johor, Menetap di Johor, Nak menikah di Melaka =
    • Buat permohonan di negeri awak menetap, cuma dapatkan surat kebenaran nikah luar kawasan daripada pejabat agama.

*JANGAN RISAU JIKA ANDA BUKAN LAHIR DI KAWASAN ITU SEBAB YANG PALING PENTING ALAMAT KAD PENGENALAN. NO IC, TEMPAT LAHIR, TAK ADA KESAN. HANYA ALAMAT IC YANG PENTING.

 

Kredit : azlinasulaimanblog.wordpress.com